Tuesday, March 10, 2009

cuti-cuti malaysia

oh saya susah hati
power-cable lappy saya buat hal
bagaimana ini
saya tidak tahu dimana hendak mendapatkan gantiannya di tempat sebegini
mungkin kena tunggu nanti balik kota bharu
dan meminta Wan Raudhee membelikannya sebagai hadiah harijadi
(wah tiba-tiba je harijadi)
ish susahnya
lama lagi hendak pulang
3 hari lagi
oh..


saturday...come quick!

p/s: senarai perkara-perkara yg saya ingin lakukan di rumah nanti:

1. menghadiri majlis perkahwinan encik khairullah bin zulkifli
(bukankah laki-laki tidak dibenarkan berkahwin sebelum umur 27 tahun?di Malaysia tiada undang-undang sebegitu eyh eyh?)huhu

2. membantu ibu-bapa membuat kerja-kerja di sekitar rumah setiap pagi terutamanya berkebun dan menyiram bunga sementelahan itu adalah kegemaran ibu.(buat keee?)haha

3. bangun seawal mungkin pada waktu pagi dan menyediakan sarapan pagi untuk adik beradik lelaki yang nampak macho tetapi sebenarnya tidak pandai membakar roti.

4. oh dan juga menolong abah membancuh ali cafe 3 in 1 nya selepas dia pulang dari solat suboh.ini adalah bertujuan untuk menambah kredit di matanya dan dengan harapan dia akan menganggap saya anak yang sgt baik dan harta akan diturunkan kepada saya (HAHA sila keji saya)

5. bergaduh dengan cik wan nur ain mengenai 2K (kucing dan kerja sekolah).

6. pergi membeli-belah tanpa sedarkan diri bahawa duit sudah tiada jadi terpaksa merengek-rengek meminta belas ihsan kakak yang penyayang.(ya INI bodek)

7.tidur dengan lewat kerana menjalani kehidupan yang padat dan juga berpeluang makan megi pada pukul 12 tengah malam bersama cik wan nur ain.ini ialah tips menambah kemesraan antara adik-beradik dan membuatkan adik menjadi bertambah kagum terhadap kakak.

8.membeli buku babystep the pearl di kedai buku terkenal (popular)

9. mengajak cik-cik shahrayanis,shahrafinaz dan shahrahimaz keluar dan makan-makan dengan tujuan mengambil hati dan membuatkan mereka kagum dan bertambah mesra dengan saya.(yeah2)

10. bergurau senda supaya berasa disayangi oleh adriana zaki(oh ini mesti.sudah lama tidak cium budak ini yang berbau coklat.ya dia memilih untuk makan cadbury instead of sumi jelly)

11. membeli selipar baru kerana encik biru enam ringgit ole-ole mall saya sudah semakin dimamah usia.saya hendak pencenkan ia.ya saya kena juga.kesian pada ia.

12.dan banyak lagi.esok sahaja saya tulis.

8 comments:

intoxicated_lover said...
This comment has been removed by a blog administrator.
jeep said...

huhu..tu la ceda..
aku pon sudah sedey memikirkan cuti akan berakhir walhal ianya belum bermula pun.huhu..
rase mcm nak cuti 2 tahun jek..dok umah smpai muntah2 keboringan.aku relaa..huhu
thanx 4 d advice.

Anonymous said...

sila include dalam schedule trip to uitm machang or else.....................

intoxicated_lover said...

apsal ko delete comment aku?

kenapakah?

kenapakah??

adakah komen aku berunsur lucah atau sebagainya?

tidak!!!

jadi kenapakah ko mendeletenya??

huhu sedih hati aku...

jeep said...

huhu..
cedaaa..
aku mintk maaff dong.
aku terdelete comment ko td.
huhuu.
ko tau kan aku mmg pakar dlm hal2 delete2 nih.
huhu..
mmg literature review aku dh mengatakan bhw aku telah aapengalaman delete user account,delete blog dan kali ini delete comment pula.
huhuhuuu..
maafin aku donggg!
ko buat la lagi skali commentt tuuuu..pleashheee...pleasheee..pretty pleashee wif sugar on toppp..hehehe

pavilion wonderland said...

sumat..
meme suko mendelete atau sesuatu yang perlu di delete..
hshshs

intoxicated_lover said...

huh sudah lah!
tentulah aku sudah tidak ingat lagi!

jeep said...

oh keciwa nya aku dong.
mmg aku seorang yg tidak bleh menggunakan gadget garasi bagasi.



haha.xtau ape pekataan gadget dlm bahasa indon.huhu

Daisypath Anniversary Years Ticker